Berlalu sudah Ramadhan, bertemu pula dengan Syawal. Sedih apabila memikirkan adakah aku akan tetap bernafas pada Ramadhan yang akan datang. Aku hanya mampu berdoa agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Sambutan 'Aidil Fitri tahun ini berbeza dengan sambutan yang lepas. Jauh berbeza dengan tahun lepas. Aku amat gembira tahun lepas. Sambutannya amat meriah. Aku menyambut 'Aidil Fitri sebagai seorang anak, abang dan suami. Dan aku tahu ketika itu bahawa tahun ini aku juga akan menyambut hari raya sebagai seorang bapa. Dan sememangnya tahun ini aku telah menjadi bapa. Namun......
Ya ALLAH, dugaan apakah ini...??!!!
Aku kembali menyambut 'Aidil Fitri sebagai anak dan abang. Saudara yang datang kerumah yang mengetahui kisahku tidak mahu bertanya lagi berkenaan perkara itu. Mereka cuba mengembirakan aku dengan bercerita berkenaan perkara lain. Begitu juga dengan sahabat-sahabat aku yang langsung tidak membangkitkan tentang masalah aku kerana mereka lebih mengetahuinya. Dan Alhamdulillah, tetamu lain yang datang juga tidak bertanya kepadaku dimana isteriku.... dimana anakku... mereka tidak mahu melihatku sedih. Aku berterima kasih kepada semua.
Namun bila aku berseorangan di bilik tidurku, dan apabila memandang baju raya yang aku belikan untuk Puteriku yang tergantung didalam almariku, aku tidak dapat menahan titisan airmata yang panas mengalir lembut. Mungkin yang membaca coretan ini memikirkan aku berlebih-lebih atau mengada-ada, namun kerinduan ku pada Puteriku hanya aku dan tuhan saja yang tahu. Tapi aku berserah pada Yang Maha Esa dalam menentukan penghujung masalahku ini. Aku tahu aku dipihak yang benar, dan ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar. Aku terima apa saja takdir yang menanti dihadapankn. Namun aku tidak akan tunduk dengan mudah.
Akhir kata buat kali ini, SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL FITRI kepada semua. Maafkan aku sekiranya coretan aku menguris perasaan atau aku ada terkasar bahasa dan tersalah kata. Moga kita semua mendapat keredhaan dan rahmat ALLAH SWT.
MSB
No comments:
Post a Comment