Showing posts with label Sambutan. Show all posts
Showing posts with label Sambutan. Show all posts

Wednesday, 27 July 2011

Marhaban Ya Ramadhan


Tinggal empat hari sahaja lagi sebelum hadirnya Ramadhan. Aku bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih diberi peluang untuk bersua dengan Ramadhan. Gembira rasanya hati untuk meniti hari-hari mendatang dengan ibadah. Namun didalam kegembiraan ini, terpalit kesedihan kerana ini adalah Ramadhan kedua aku tanpa Puteriku. 15 bulan berlalu... Namun aku masih berdoa, berusaha dan mengharap bantuan ALLAH SWT. Dan aku yakin akan Penciptaku akan membantu aku mengharungi ujian ini.

Salam Ramadhan buat semua. Moga Ramadhan kali ini kita penuhi dengan ibadah yang ikhlas kerana ALLAH SWT. Jemput layari blog MSB4Life saya dimana saya berkongsi pengetahuan berkenaan Ramadhan.

MARHABAN YA RAMADHAN

Tuesday, 16 November 2010

Hari Raya 'Aidil Adha 2010


Malam 9 Dzulhijjah... Maka esoknya 10 Dzulhijjah bersamaan sambutan Hari Raya 'Aidil Adha... sudah 7 bulan...! 7 bulan sejak kali terakhir aku menatap wajah puteriku... Bagaimana pembesarannya, apa warna kulitnya, raut wajahnya, kesihatannya... tiada satu apa pun yang aku tahu. Mungkin ada yang memikirkan aku tidak bertanggungjawab. Tapi hanya aku dan mereke-mereka yang berkenaan memahami situasi yang sedang aku hadapi. Dalam kegembiraan menyambut 'Aidil Adha serta khabar gembira saudariku dari selatan terdapat juga rasa rindu yang teramat akan buah hatiku.

Aku hanya menggenggam doa setiap kali solat memohon agar ALLAH SWT permudahkan segalanya dan memberikan aku kekentalan semangat. Dan biarlah aku menjadi hamba yang terakhir menerima ujian yang sebegini. YA ALLAH..... permudahkanlah YA ALLAH...!!!

MSB

Friday, 10 September 2010

Raya 'Aidil Fitri 2010


Berlalu sudah Ramadhan, bertemu pula dengan Syawal. Sedih apabila memikirkan adakah aku akan tetap bernafas pada Ramadhan yang akan datang. Aku hanya mampu berdoa agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Sambutan 'Aidil Fitri tahun ini berbeza dengan sambutan yang lepas. Jauh berbeza dengan tahun lepas. Aku amat gembira tahun lepas. Sambutannya amat meriah. Aku menyambut 'Aidil Fitri sebagai seorang anak, abang dan suami. Dan aku tahu ketika itu bahawa tahun ini aku juga akan menyambut hari raya sebagai seorang bapa. Dan sememangnya tahun ini aku telah menjadi bapa. Namun......

Ya ALLAH, dugaan apakah ini...??!!!

Aku kembali menyambut 'Aidil Fitri sebagai anak dan abang. Saudara yang datang kerumah yang mengetahui kisahku tidak mahu bertanya lagi berkenaan perkara itu. Mereka cuba mengembirakan aku dengan bercerita berkenaan perkara lain. Begitu juga dengan sahabat-sahabat aku yang langsung tidak membangkitkan tentang masalah aku kerana mereka lebih mengetahuinya. Dan Alhamdulillah, tetamu lain yang datang juga tidak bertanya kepadaku dimana isteriku.... dimana anakku... mereka tidak mahu melihatku sedih. Aku berterima kasih kepada semua.

Namun bila aku berseorangan di bilik tidurku, dan apabila memandang baju raya yang aku belikan untuk Puteriku yang tergantung didalam almariku, aku tidak dapat menahan titisan airmata yang panas mengalir lembut. Mungkin yang membaca coretan ini memikirkan aku berlebih-lebih atau mengada-ada, namun kerinduan ku pada Puteriku hanya aku dan tuhan saja yang tahu. Tapi aku berserah pada Yang Maha Esa dalam menentukan penghujung masalahku ini. Aku tahu aku dipihak yang benar, dan ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar. Aku terima apa saja takdir yang menanti dihadapankn. Namun aku tidak akan tunduk dengan mudah.

Akhir kata buat kali ini, SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL FITRI kepada semua. Maafkan aku sekiranya coretan aku menguris perasaan atau aku ada terkasar bahasa dan tersalah kata. Moga kita semua mendapat keredhaan dan rahmat ALLAH SWT.

MSB