Thursday, 2 September 2010

Kerjayaku


Jika dikirakan, bermula pada 2001 sehingga ke hari ini aku sudah bekerja selama 10 tahun. Dan dalam tempoh 10 tahun ini, aku sudah 8 kali bertukar kerja dengan 6 majikan. 8 pekerjaan dengan 6 majikan...??? Akan aku kisahkan nanti.

Sudah 8 bulan aku kembali ke syarikat ini setelah 14 bulan meninggalkannya. Pada mulanya dari tahun 2003 hingga 2008 aku berkerja disyarikat ini. Bermula sebagai Kerani Perkapalan kemudian berakhir sebagai Pembantu Perkapalan. September 2008 aku meletak jawatan dan menerima tawaran bekerja dengan syarikat gergasi DELL sebagai Pakar Pembantu Teknikal. Namun status ku hanya sebagai pekerja kontrak. Setelah hampir 6 bulan disana, aku tinggalkan pekerjaan tersebut dan bekerja bersama sepupuku yang mengendalikan sebuah syarikat pembinaan.

Aku bekerja sebagai Penyelia dan membantu sepupuku menguruskan beberapa projek bagi beberapa agensi kerajaan. Sehingga Disember 2009, apabila kebanyakan kerja projek siap dan hampir siap aku menerima panggilan dari syarikat perkapalan yang aku tinggalkan dulu. Mereka meminta untuk aku kembali bekerja bersama mereka dan menawarkan ku peningkatan dari segi pendapatan dan kedudukan. Aku setuju menerima tawaran mereka dan kini aku disini. Aku baru selesai membantu dalam proses persediaan menghadapi audit kod keselamatan antarabangsa yang akan dijalankan sehari sebelum bermulanya ibadah puasa. Audit tersebut terlaksana dengan baik. Walau ada perkara yang dibangkitkan namun kami yakin dapat menyelesaikan defects yang dikemukakan. Akan ku ceritakan permulaan pengalaman kerjaku pada masa akan datang.


MSB

No comments:

Post a Comment