Showing posts with label Puteriku. Show all posts
Showing posts with label Puteriku. Show all posts

Wednesday, 27 July 2011

Marhaban Ya Ramadhan


Tinggal empat hari sahaja lagi sebelum hadirnya Ramadhan. Aku bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih diberi peluang untuk bersua dengan Ramadhan. Gembira rasanya hati untuk meniti hari-hari mendatang dengan ibadah. Namun didalam kegembiraan ini, terpalit kesedihan kerana ini adalah Ramadhan kedua aku tanpa Puteriku. 15 bulan berlalu... Namun aku masih berdoa, berusaha dan mengharap bantuan ALLAH SWT. Dan aku yakin akan Penciptaku akan membantu aku mengharungi ujian ini.

Salam Ramadhan buat semua. Moga Ramadhan kali ini kita penuhi dengan ibadah yang ikhlas kerana ALLAH SWT. Jemput layari blog MSB4Life saya dimana saya berkongsi pengetahuan berkenaan Ramadhan.

MARHABAN YA RAMADHAN

Sunday, 10 April 2011

A Year Passed By


Tomorrow it will be a year since you were born. Practically, it has been a year since I last saw you my love. But you know what, it has never been an issue 'coz deep in my heart I know that ALLAH is watching and taking a good care of you.

I believe that there will be a day when we will be together. Together with HIS bless, InsyaAllah. Happy Birthday my Little Princess. May ALLAH bless you with health, joy, good future and I hope that one day, I’ll be kissing your forehead and cheek once again. I LOVE YOU.

Monday, 4 April 2011

Ujian Pertama


4/4/2011... Hari pertama berbicaraan berkenaan kes tuntutan Hadhanah yang dibuat oleh ibu kepada anakku. Seperti yang aku jangkakan, bersusah payah dia untuk memahami dan menjawab soalan2 yang ditujukan oleh Peguam dan Hakim Mahkamah. Kasihan juga aku melihatnya. Namun apakan daya, ini adalah kes yang difailkan olehnya bersama keluarga. Walaupun sedikit sebanyak perkara tersebut membuatkan kecenderungan kes ini memihak kepadaku, namun sebagai seorang lelaki yang pernah berkongsi hidup dengannya; aku sedih. Tetapi dia masih berpegang dengan kisah2 rekaan keluarganya dalam menuduh aku yang bukan2. Aku hanya bersabar.... demi Puteriku!

Tetapi aku sedih dengan sikapnya yang terlalu membuta tuli mengiakan semua tuduhan keluarganya terhadapku. Apa dia tidak tahu yang mana benar dan yang mana salah? Seteruk itukah gelapnya hati...??!!! InsyaAllah, moga ALLAH mengurniakannya dan keluarganya petunjuk dan hidayah. Semoga ALLAH mempermudahkan semuanya. Ameenn Ya ALLAH...!!!

Tuesday, 16 November 2010

Hari Raya 'Aidil Adha 2010


Malam 9 Dzulhijjah... Maka esoknya 10 Dzulhijjah bersamaan sambutan Hari Raya 'Aidil Adha... sudah 7 bulan...! 7 bulan sejak kali terakhir aku menatap wajah puteriku... Bagaimana pembesarannya, apa warna kulitnya, raut wajahnya, kesihatannya... tiada satu apa pun yang aku tahu. Mungkin ada yang memikirkan aku tidak bertanggungjawab. Tapi hanya aku dan mereke-mereka yang berkenaan memahami situasi yang sedang aku hadapi. Dalam kegembiraan menyambut 'Aidil Adha serta khabar gembira saudariku dari selatan terdapat juga rasa rindu yang teramat akan buah hatiku.

Aku hanya menggenggam doa setiap kali solat memohon agar ALLAH SWT permudahkan segalanya dan memberikan aku kekentalan semangat. Dan biarlah aku menjadi hamba yang terakhir menerima ujian yang sebegini. YA ALLAH..... permudahkanlah YA ALLAH...!!!

MSB

Monday, 23 August 2010

Puteriku


11hb APRIL, 2010... tarikh yang akan selalu menjadi ingatan selamanya dalam sejarah hidupku. Yang tidak akan aku lupakan walau hancur badan dikandung tanah. Tarikh yang memberi seribu satu makna. Kegembiraan yang limpahkan dan kesedihan yang seolah merentap jantungku. Pada tanggal ini lahirnya seorang bayi...! Bayi yang bersih dari segala dosa dan noda. Puteri... ya, seorang puteri yang indah rupawan. Walau aku tidak menyambut kelahirannya, walau aku tidak mendukungnya, walau aku tidak mengucupnya, walau aku tidak mengazannya... dan aku hanya mengetahui kelahirannya selapas 3 hari, aku tetap bersyukur kerana puteriku lahir dengan selamat walau hanya berusia 8 bulan dalam kandungan.

Masih aku ingat lagi kali pertama menatap wajahnya. Itupun setelah seminggu kelahirannya. Takdir ALLAH Yang Maha Kuasa yang menetapkan pertemuanku dengan puteriku. Sungguh indah rupanya. Mempunyai iras wajah dan warna kulit ibuku. Saling tak tumpah. Bertemu dengannya bukan mudah. Aku terpaksa melepasi rintangan daripada ibu dan nenek puteriku. Walau aku dilontar dengan kata-kata kesat dan hinaan namun setelah aku melihat wajah puteriku, setelah aku mendukungnya, segala perasaan sedih dan marahku hilang. Aku mengazan dan iqamatkan puteriku. Setelah itu aku mengucup dahinya. Puteriku masih belum membuka matanya. Bermakna, hanya aku yang melihatnya dan sehingga ke saat ini, puteriku tidak pernah melihatku.

Secara kebetulan Ramadhan tahun ini jatuh pada tanggal 11hb Ogos, bersamaan genap 4 bulan umur puteriku. Namun takdir memisahkan aku dan puteriku. Tidak aku mengetahui hingga kini apa masalah isteri dan ibu mertuaku yang kini sedang bertungkus lumus memfailkan tuntutan hak penjagaan anak di mahkamah. Kini menanti tarikh perbicaraan. Aku hanya berserah pada ALLAH untuk menentukan segalanya. Setahu aku, telah aku berusaha sebaiknya untuk menyelamatkan keadaan yang aku sendiri tidak begitu pasti isinya.

Pada mulanya aku bercadang untuk menamakan puteriku Nur Aisyah. Namun sekali lagi keadaan diluar kawalanku pabila aku dapati keluarga isteriku telah membuat pendaftaran kelahiran dan menamakan puteriku dengan nama Nur Insyirah. Apapun aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya mereka memilih nama yang baik. Nur Insyirah... cahaya kebahagian. Aku tidak pasti samada puteriku dapat memberi cahaya kebahagian pada hubungan antara aku dan isteriku tetapi aku berdoa agar ALLAH melimpahkan cahaya kebahagian pada puteriku... Nur Insyirah.


MSB