Sunday, 26 December 2010

Kerjayaku

BAHAGIAN DUA (ii)

Sebelum ini aku menyatakan bahawa aku mula bekerja pada tahun 2001. Itu adalah bermulanya pekerjaan aku secara professional. Maksudnya mempunyai gaji bulanan, potongan caruman KWSP serta PERKESO, memerlukan aku punch card setiap kali masuk dan habis kerja dan waktu rehat satu jam.

Namun sebenarnya aku telah mula bekerja secara tidak professional sejak aku berusia 5 tahun. Aku membantu bapaku berniaga di gerai minumannya. Lokasi gerainya adalah di perkarangan Masjid Titi Papan, Jalan Burma, Pulau Pinang. Aku akan ke gerai bapaku dalam jam lebih kurang 7 malam dan pulang hampir jam 3 pagi. Semasa aku disekolah, aku akan mula menolongnya pada jam 6 hingga 11 malam dan pulang untuk menghabiskan latihan kerja sekolah dan mengulangkaji. Dan ianya bersambung walau aku telah mula bekerja selepas menamatkan tingkatan lima. Maka hampir 14 tahun aku berkeja 'shift' malam membantu bapaku.

Pengalaman membantu bapaku di gerai minumannya banyak membantu membentuk diriku. Ia mengajarku betapa peritnya untuk mendapatkan hasil untuk menampung sebuah keluarga. Mengenal manusia yang berbagai bangsa, sikap, budi bahasa, perangai. Kadang-kadang ada yang berperangai pelik. Mengajarku mengenal nilai wang ringgit yang digila-gilakan oleh setiap individu. Wang ringgit yang tak pernah cukup. Dan juga menyediakan diriku untuk berdepan dengan dunia yang kian mencengkam kita.

MSB

No comments:

Post a Comment